fbpx

Penganggur liwat rakan lelaki diheret ke mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Ariff didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan meliwat remaja 15 tahun yang juga rakannya, 8 November lalu. Foto KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan meliwat seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang merupakan rakannya, awal bulan lalu.

Tertuduh, Abang Ariff Haikal Abang Zaidel, 22, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim V. M. Mabel Sheela.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang sudah tidak bekerja sejak tiga bulan lalu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kediaman pada pukul 5 petang di Bandar Baru Uda, Tampoi, di sini, 8 November lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii iaitu dengan memasukkan zakar ke dalam dubur mangsa.

Abang Ariff didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd. Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah menetapkan tarikh 15 Disember ini sebagai sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan sebelum hukuman dibuat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI