fbpx

Jambatan Merdeka jadi saksi kekejaman Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jambatan merdeka yang terletak di Seberang Perai menyimpan sejarah ketika pemerintahan tentera British dan Jepun.

SEBERANG PERAI – Jambatan Merdeka di Kepala Batas di sini menyimpan 1,001 sejarah bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah mereka yang berada di sekitar Kuala Muda, Kedah turut merasai tempiasnya.

Ini kerana jambatan sepanjang 100 meter yang menghubungkan pekan Kepala Batas dan Kuala Muda itu menjadi saksi kekejaman penjajah Jepun dan British terhadap penduduk tanah Melayu sekitar tahun 1940-an.

Penduduk Kampung Guar Kepah, Salleh Din, 90-an, berkata, meskipun kampungnya terletak bersebelahan Kampung Jambatan Merdeka, namun kejadian itu masih segar dalam ingatannya.

“Selepas Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj isytihar Merdeka pada 31 Ogos 1957, beliau segera ke Kepala Batas untuk menemui penduduk di jambatan ini. Saya menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu bersama dengan ratusan penduduk lain.

“Beliau datang ke sini dan meminta rakyat berhimpun di kawasan jambatan. Selepas itu Tunku mengangkat tangan, melaungkan merdeka sebanyak tiga kali,” katanya ketika ditemui Kos­mo! baru-baru ini.

Salleh ketika ditemui di rumahnya di Seberang Perai baru-baru ini.

Menurut Salleh, sebelum ini, Jambatan Merdeka adalah titi simen yang dibina oleh British pada tahun 1938, tetapi diletupkan pada 1941 bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Seberang Perai.

“British meletupkan titi itu dan mereka mengarahkan penduduk berpindah bagi menge­lakkan impak letupan,” katanya.

Salleh yang mesra disapa Pak Andak Leh berkata, tindakan tentera Jepun ketika itu disifatkan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Bayangkan kalau kita tidak mahu ikut (arahan) mungkin dipukul teruk. Ada yang kena pancung. Kepala terpisah daripada badan, mereka pacak kepala atas besi bagi orang kampung tengok. Memang kejam,” ceri­ta warga emas itu.

Tambahnya, pihak Jepun juga tidak membenarkan orang ma­suk dan keluar dari kampung tersebut bagi mengelakkan pergerakan dihidu musuh.

Salleh turut berkongsi cerita sedih yang mana ada orang Melayu yang bekerja dengan musuh iaitu pihak Jepun yang yang disifatkannya sebagai tali barut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI