fbpx

Zulkifli, Dr. Mohd. Mazri calon PN PRK Pulai, Simpang Jeram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHYIDDIN (tengah) mengangkat tangan Zulkifli (tiga dari kanan) dan Dr. Mohd. Mazri (tiga dari kiri) sempena majlis Pengumuman Calon PN di Kempas, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pulai, Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Pulai pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 9 September ini.

Manakala, pakar bedah vaskular dan endovaskular, Dr. Mohd. Mazri Yahya pula diumumkan sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Pengumuman itu dilakukan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN Pulai, di sini.

Hadir sama ialah Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau; Timbalan Presiden Bersatu Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin.

Zulkifli yang merupakan anak jati negeri ini merupakan usahawan berjaya yang dikenali dalam kalangan rakyat setempat.

Sementara itu, Dr. Mohd. Mazri pernah bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan kerusi DUN Simpang Jeram pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), dan kalah di kedua-dua kerusi tersebut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram adalah pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pada 9 September ini.

Setakat 23 Julai, seramai 166,653 individu layak mengundi bagi kerusi Parlimen Pulai dan bagi DUN Simpang Jeram pula seramai 40,379 pengundi.

Terdahulu, SPR melaporkan sebanyak 22 borang pencalonan bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Muar, telah dibeli sehingga semalam.

Kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kosong susulan kematian penyandangnya Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI