fbpx

Mahkamah: Irwan, Arul gagal batal saman 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy gagal dalam permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan 1MDB terhadap mereka yang menuntut bayaran AS$6.59 bilion.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membuat keputusan itu selepas menolak permohonan mereka selaku defendan dalam saman itu.

Ketika membacakan keputusannya, hakim itu berkata dakwaan penipuan dan konspirasi yang dibuat 1MDB dalam tuntutan samannya tidak boleh diputuskan melalui pendekatan yang mudah.

Kata hakim itu, tuntutan saman itu juga tidak sesuai untuk dibatalkan pada peringkat ini dan ia hendaklah diputuskan melalui perbicaraan penuh dengan mendengar keterangan saksi.

“Perkara ini tidak boleh diputuskan melalui afidavit dan ia bukan kes yang boleh dibatalkan secara terus…Dakwaan oleh plaintif (1MDB) bahawa defendan melakukan penipuan dan konspirasi tidak boleh diselesaikan melalui pendekatan yang mudah. Justeru saya mengekalkan status quo dan kes saman ini akan diputuskan melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan pada 14 September ini bagi pengurusan kes seterusnya.

Untuk rekod, Arul Kanda dan Mohd. Irwan disaman 1MDB pada Mei 2021 berhubung dakwaan mereka telah melakukan pecah amanah dan konspirasi menyebabkan 1MDB mengalami kerugian berjumlah AS1.83 bilion berhubung pelaburan dalam 1MDB-Petrosaudi Ltd yang ditukar kepada pelaburan Brazen Sky Limited (Brazen Sky), yang dikatakan terdapat dalam Bridge Global Fund.

Kemudian pada 18 Februari 2022 Mohd. Irwan memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu antaranya mendakwa tuntutan saman terhadapnya adalah pramatang kerana pelaburan Brazen Sky serta pembayaran Aabar Investments PJS Limited adalah jelas tidak kukuh memandangkan mahkamah masih belum menentukan 1MDB mengalami kerugian sebanyak AS$1.83 bilion dan AS$3.5 bilion.

Arul Kanda pula memfailkan permohonan sama pada 2 Jun 2022 atas alasan beliau tidak boleh dipertanggungjawabkan atas kerugian ditanggung 1MDB hasil penyelewengan dilakukan orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI