fbpx

Amirudin pegang lima portfolio Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tengah) bersama barisan Exco dan pentadbir awam kerajaan negeri selepas pengumuman portfolio Exco Selangor hari ini. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco Selangor) Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang memegang 10 portfolio.

Menurut Amirudin, beliau akan memegang lima portfolio Exco bagi penggal ke-15 pentadbiran negeri Selangor.

“Saya akan memegang lima portfolio iaitu Kewangan dan Tindakan Ekonomi, Pembangunan Tanah dan Sumber Alam, Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan,” katanya.

Pengumuman portfolio barisan Exco baharu itu diumumkan Amirudin pada Sidang Media Khas selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco pertama di bangunan SUK di sini.

Amirudin mengumumkan tiga Exco berpengalaman iaitu Ng Sze Han yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara dilantik sebagai Exco Pelaburan Perdagangan dan Mobiliti ; ADUN Pandan Indah, Ir. Izham Hashim sebagai Exco Infrastruktur dan Pertanian serta ADUN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah memegang portfolio Exco Perumahan dan Kebudayaan.

Dalam pada itu, bekas Speaker DUN, Ng Suee Lim dilantik menjadi Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, ADUN Sungai Air Tawar dari Barisan Nasional (BN), Datuk Rizam Ismail pula dilantik menjadi Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan.

Manakala ADUN Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin yang merupakan Exco termuda menjaga bidang tugas Kesihatan Awam dan Alam Sekitar.

Empat yang lain iaitu ADUN Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi sebagai Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan; ADUN Banting, V. Papparaidu (Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan), ADUN Seri Setia, Dr. Mohammad Fahmi Ngah menjadi Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi serta ADUN Taman Templer, Anfaal Saari dilantik Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI