fbpx

Tiga nelayan Vietnam kendali bot tempatan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga nelayan Vietnam yang ditahan kerana disyaki mengendalikan bot nelayan tempatan di perairan Kuala Kemamam semalam.

KEMAMAN – Sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan tiga nelayan dipercayai warga Vietnam ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kemaman dekat sini, semalam.

Tiga lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 57 tahun tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 10 batu nautika dari Kuala Kemaman pada pukul 9.20 pagi.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Rashidilhadi Abd. Rashid berkata, bot ronda maritim yang sedang melakukan rondaan rutin Op Iman terserempak dengan bot nelayan berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Sewaktu ditahan, dua daripada tiga nelayan tersebut gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah.

“Mereka juga disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu menggunakan kru asing tanpa kebenaran,” katanya di sini hari ini.

Rashidilhadi berkata, bot dan nelayan yang ditahan itu kemudiannya dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Akta Perikanan 1985. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI