fbpx

Hujan lebat berterusan di utara Semenanjung, barat Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Hujan lebat dan ribut petir berterusan dilaporkan melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung dan barat Sarawak, pagi ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya di YouTube berkata, cuaca buruk itu dijangka berlanjutan sehingga awal tengah hari nanti.

“Berdasarkan imej radar gema semasa, hujan lebat berterusan dilihat melanda satu dua tempat di Pulau Pinang, pendalaman Kedah dan persisiran pantai Perak termasuk barat Sarawak.

“Selain itu, pemerhatian bagi lain-lain tempat pagi ini, cuaca adalah cerah dan tiada hujan yang dicerap setakat ini,” katanya sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, orang awam dinasihatkan sentiasa berwaspada dan boleh merujuk laman web dan media sosial MetMalaysia bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI