fbpx

Syamimi berhenti belajar demi langsai hutang PPR arwah ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Syamimi sebelum ini dikecam ramai kerana menggunakan perabot berjenama walaupun sekadar menetap di PPR.

PETALING JAYA – Selepas menerima kecaman hebat, seorang pempengaruh, Nur Syamimi tampil ‘membuka mulut’ dengan mendedahkan terpaksa berhenti belajar bagi melangsaikan hutang rumah peninggalan arwah ibunya.

Dalam satu hantaran yang di buat di Instastory, dia menjelaskan terpaksa berbuat sedemikian selepas ibunya meninggal dunia dan sejak itu dia perlu menanggung kos pembelian rumah berkenaan.

“Ummi baru berapa bulan beli rumah ni dan tiba-tiba meninggal dunia. Saya cari kerja untuk bayar semua hutang Ummi termasuk habiskan bayaran rumah di usia saya 20 tahun, seorang diri di KL supaya Ummi tenang di ‘rumah baru’.

“Saya simpan rapi kisah ni sebab saya sangat perahsia orangnya dan tak manis pun nak jelaskan pada orang luar. Sangat banyak jumlahnya tetapi sebelum memiliki rumah ni, saya perlu ‘ditemu duga’ oleh tuan hakim membuktikan umur 20 tahun boleh tak uruskan rumah ni.

“Bil elektrik dan air tertunggak ribuan ringgit, baki pinjaman rumah juga sangat banyak. Rumah ini diberikan kepada saya kerana saya berjaya lunaskan baki,” jelasnya.

Terdahulu, pempengaruh itu menerima kecaman hebat daripada orang ramai kerana menggunakan perabot berjenama mahal walaupun menetap di sebuah flat Program Perumahan Rakyat (PPR).

Tambah Syamimi, jika dia berpeluang untuk membeli rumah baru selepas ini, dia akan menyerahkan pemilikan rumah tersebut kepada adiknya.

“Saya juga pernah berseloroh sebelum ini, ingat tak? Jika saya ada rumah baru, rumah ini dan segala isinya akan saya hadiahkan kepada buah hati saya, Syarina.

“Sekarang visi saya adalah membeli kebahagiaan buat adik, suami, adik ipar dan anak anak. Hidup saya kelihatan sempurna sebab saya impikan ia sebegini. Apa yang terlihat hari ini, cara saya merealisasikan mimpi itu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI