fbpx

EPL: Manchester United terima banyak tawaran ikat Greenwood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREENWOOD

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan sudah dihubungi oleh beberapa kelab yang mahu mendapatkan khidmat Mason Greenwood selepas mereka membuat keputusan untuk melepaskan pemain mereka itu.

Selepas melalui proses penyiasatan dalam selama lebih lima bulan, United mendapati Greenwood tidak bersalah ekoran tuduhan jenayah kekerasan, namun percaya pemain berbakat itu perlu meninggalkan Old Trafford buat masa ini untuk mengembangkan kariernya.

Laporan menyebut bahawa Greenwood mungkin tidak akan dilepaskan kepada kelab yang beraksi di England dan United sudah mendapat beberapa tawaran daripada kelab di Turkey dan Itali, selain bekas pengurus The Red Devils yang mengemudi AS Roma, Jose Mourinho turut menyatakan minat.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat disahkan bahawa adakah Greenwood akan meninggalkan United menerusi proses penjualan atau hanya dipinjamkan ke kelab yang berminat, selain kemungkinan kontraknya bakal ditamatkan secara persefahaman bersama.

“Semua yang terlibat (dalam membuat keputusan) termasuk Mason sendiri mengakui bahawa ada kesukaran untuk dia meneruskan kariernya di Manchester United ketika ini.

“Kami telah mendapat kata sepakat dan apa yang penting adalah Mason dapat meneruskan kariernya biarpun di luar dari Old Trafford.

“Hasil siasatan dalam dilakukan oleh kelab mendapati, bahan yang tersebar di internet mengenai kekerasan dilakukan oleh Mason tidak memberikan gambaran sebenar dan dia tidak bersalah sebagaimana yang dituduh,” menurut kenyataan dikeluarkan oleh United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI