fbpx

KDN arah JIM dapatkan mesin cetak pasport berkapasiti tinggi, elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN di Auditorium Setia Perkasa Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mahu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) supaya mendapatkan segera mesin pencetak pasport berkapasiti tinggi bagi mengelak kesesakan di pejabat pengeluar pasport.

Menurutnya, ketika ini, mesin mencetak pasport sedia ada mampu mencetak maksimum 400 buku sehari dan ia dilihat tidak mencukupi malah, mengundang kesesakan di pejabat pengeluar pasport.

“Di luar sana ada mesin satu jam boleh cetak 1,200 buku, apa yang menghalang kita untuk dapatkannya? Apa saja yang boleh kita buat dalam lingkungan keupayaan kita untuk memberi keselesaan kepada rakyat, iaitu pengguna kita, mesti kita buat.

“Dapatkan segera (mesin pencetak), apa cara sekali pun supaya rakyat tak lagi bising kena beratur panjang,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Katanya, beliau meminta Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh supaya memercepatkan perolehan mesin pencetak berkapasiti tinggi itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI