fbpx

MB, Exco pegang banyak portfolio, selaras dengan Kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah (duduk tengah) berkenan bergambar bersama Muhammad Sanusi dan barisan Exco Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada semalam.

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menjelaskan setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) perlu memegang banyak portfolio untuk diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, kata beliau, terdapat juga struktur dalam kerajaan negeri yang tidak wujud di Persekutuan dan begitu juga sebaliknya.

“Kenapa seorang MB dan Exco pegang banyak portfolio? Kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia (2022) ada 28 orang dan setiap menteri pegang dua atau tiga portfolio.

“Kabinet Negeri cuma 11 orang dan setiap Exco akan pegang banyak portfolio untuk diselaraskan dengan Kerajaan Persekutuan,” katanya di akaun Facebook rasminya, hari ini.

Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini semalam.

Muhammad Sanusi Md. Nor untuk memegang lapan portfolio iaitu Perancang Negeri; Hal Ehwal Tanah; Hasil Bumi, Mineral dan Geosains; Kewangan, Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC); Majlis Tindakan Ekonomi Negeri; Pelan Pembangunan Kedah 2035 dan Kerjasama Luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI