fbpx

KDN sedia pulang buku Benz Ali jika tiada pelanggaran – Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution (kanan) ketika melancarkan Kompleks Setia Perkasa pada Perhimpunan Bulanan KDN di Auditorium Setia Perkasa Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersedia untuk memulangkan kembali dua buku yang diambil dari sebuah kedai buku milik penulis Benz Ali di Wisma Central, di sini jika semakan mendapati isi kandungannya tidak menjejaskan ketenteraman awam.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya juga menegaskan hanya merampas dua naskhah buku sahaja bukanya merampas kesemua buku di kedai berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengambil dua buku berjudul Marx Sang Pendidik Revolusioner tulisan Robin Small dan Koleksi Puisi Masturbasi tulisan Benz Ali sendiri.

“Istilah lebih tepat kami (KDN) pergi ambil dua buku sahaja bukan satu kedai namun, rampasan ini (seperti) konotasi satu kedai diambil.

“Cerita dia, kami hanya ambil dua naskhah buku sahaja, itu pun bertindak atas aduan awam jadi, pegawai kita bertindak atas aduan, pergilah,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini, hari ini.

Katanya, mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, rampasan itu dibuat bagi tujuan penyelidikan, semakan dan penelitian.

Saifuddin berkata, dua buku terbabit juga akan dipulangkan selepas siasatan mendapati tidak berlaku pelanggaran akta dalam isi kandungannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI