fbpx

Abang Tesla dedah punca kahwin dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen Abang Tesla.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pempengaruh media sosial, Abang Tesla yang meninggalkan komen mengenai zuriat kepada seorang pengikutnya menjadi perdebatan ramai.

Melalui satu hantaran seorang pengikutnya @DSPerfume mengajukan pertanyaan mengenai dia berkahwin dua sedangkan satu sudah cukup telah dibalas lelaki itu.

“Kalau nak bagi aku anak meh sini, jangan pandai sembang,” balas Abang Tesla.

Komen berkenaan telah mencetuskan perdebatan panas dalam kalangan pengguna media sosial apabila ia dilihat seolah-olah menyalahkan isteri pertama kerana tidak mampu memberikan zuriat.

Seorang pengguna media sosial @userdeaaaaaa mendakwa, lelaki seharusnya berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata memandangkan mereka berkemampuan dan bukannya meletakkan isteri sebagai punca.

“Allah tak bagi kau anak sebab nak kau luangkan masa dan bagi isteri rasa kesenangan setelah selama ini bersusah payah. Kau rasa kau mampu, kenapa tak ikhtiar?

“Bila dah jadi macam ni, kau nak kata isteri kau tak mampu bagi anak. Nak kata tak membelakangkan isteri masa nak kahwin, habis masa kau bercinta dengan yang baru, tak membelakangkan ke?,” tegurnya.

Tambahnya, kenyataan lelaki tersebut yang dilihat hanya menyalahkan satu pihak sahaja meninggalkan kesan yang besar kepada kaum wanita.

“Kami terkesan dengan cara macam ini, sebab apa kahwin lain, sebab tak ada anak. Kau rasa kahwin lain akan bagi kau anak. Rezeki Allah itu adil, takut sekarang ini semua kemudahan kau ditarik,” katanya.

Selain itu, ada juga pengguna yang melihat tindakan yang diambil Abang Tesla itu seperti tidak redha dengan ketentuan tuhan.

“Dia mengharapkan isteri pertama redha tetapi dia sendiri tidak redha yang Allah belum hadirkan zuriat di rahim isteri pertama,” tulis seorang pengguna.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video di TikTok dimuat naik Abang Tesla yang mengumumkan dirinya sudah berkahwin untuk kali kedua.

Menerusi kapsyen dalam video yang dimuat naik di platform berkenaan, Abang Tesla memberitahu yang perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertamanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI