fbpx

KPM siasat kes pelajar OKU dibuli guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas pelancaran Laporan Tahunan 2022 PPPM. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Siasatan menyeluruh sedang dijalankan berkaitan dakwaan seorang pelajar perempuan orang kelainan upaya (OKU) yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sebuah sekolah kerap dibuli guru sehingga trauma.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini sudah mengenal pasti pihak terlibat termasuk sekolah berkenaan.

Jelas beliau, kes itu masih dalam siasatan dan Kementerian Pendidikan (KPM) akan menanganinya mengikut proses kerja yang ditetapkan.

“Banyak pihak terlibat dan isu berkenaan akan dilihat secara menyeluruh. Setakat ini kes dalam siasatan dan kita akan pastikan proses itu berlangsung dengan baik,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan pendedahan itu dibuat oleh kakak pelajar tersebut berikutan keadaan trauma adiknya menjadi semakin teruk.

Wanita itu mendakwa mangsa yang membuat pembedahan mata dan tidak boleh berjemur panas dipaksa guru untuk bersukan meskipun sudah diberikan surat doktor.

Setiap kali diminta beraktiviti, pihak sekolah didakwa menelefon supaya datang kerana mata pelajar itu berdarah.

Wanita itu turut mendakwa guru berkenaan sering menengking dan memulaukan adik perempuannya.

Namun, pertemuan bapanya bersama pengetua sekolah tidak membuahkan hasil apabila mereka menuduh adiknya yang berusia 14 tahun hanya membuat cerita palsu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI