fbpx

Penjawat awam dibenarkan pakai baju batik ketika bekerja, selain Khamis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjawat awam boleh pakai baju batik ketika bekerja, tidak hanya pada Khamis.

PUTRAJAYA – Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju agar semua penjawat awam diberi kebenaran dan kelonggaran untuk memakai pakaian batik pada waktu bekerja di mana ianya tidak hanya pada Khamis seperti sebelum ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira kesesuaian pakaian bekerja penjawat awam dengan realiti iklim tempatan dan keperluan kecekapan tenaga di premis kerajaan.

“Saya telah membentangkan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Ogos 2023.

“Turut dibangkitkan dalam pembentangan itu adalah berkenaan Surat Pekeliling Am Bilangan
2 Tahun 2014: Garis Panduan Kaedah Penjimatan Tenaga di Pejabat dan Premis Kerajaan yang antara lain menetapkan supaya suhu di bangunan dan premis kerajaan diselaraskan kepada 24 Celsius hingga 25 Celsius,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Katanya, keputusan dicapai itu telah mengambil kira iklim di negara ini dan juga komitmen kerajaan untuk mencapai aspirasi pembebasan gas rumah hijau (GHG) sifar bersih seawal tahun 2050 dengan mengurangkan jejak karbon daripada amalan penggunaan tenaga elektrik.

“Hal ini bagi memberi keselesaan kepada penjawat awam untuk menyesuaikan cara pemakaian dengan perubahan suhu premis yang ditetapkan dalam usaha kerajaan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

“Ia juga bagi menyokong inisiatif kecekapan tenaga sekali gus merangsang pembangunan industri batik Malaysia,” katanya.

Menurut Nik Nazmi, cadangan perubahan kod etika pakaian itu juga akan dipanjangkan kepada semua Ali Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI