fbpx

Wanita Russia sesat ketika daki Taman Negara Teluk Bahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bersama pihak Taman Negara Teluk Bahang serta polis sedang menjalankan operasi menyelamat mangsa di lokasi kejadian.

TELUK BAHANG – Dua pelancong wanita warga Rusia dilaporkan sesat ketika menjalankan aktiviti mendaki di Taman Negara Teluk Bahang di sini, pagi tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 9.29 pagi tadi dan operasi mencari melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Bahang.

“Mangsa tidak dapat dihubungi kerana masalah rangkaian di lokasi. Kerja-kerja mencari dan menyelamat turut dibantu pihak Taman Negara Pulau Pinang dan polis,” katanya kepada pemberita di sini sebenar tadi.

Maklumat lanjut berkaitan operasi menyelamat kedua-dua mangsa akan dikemaskini nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI