fbpx

Pemandu maut, lori bertembung bas ekspres bawa 22 penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah bas ekspres selepas bertembung dengan lori di Kilometer 60, Jalan Kota Bharu-Gua Musang semalam.

KUALA KRAI – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas ekspres yang membawa 22 orang penumpang di Kilometer 60, Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.40 malam itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan manakala kelindan lori dan pemandu bas ekspres cedera ringan.

22 penumpang yang berada di dalam bas itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati, lori tersebut sedang dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu manakala bas ekspres itu pula dari Kota Bharu ke Seremban, Negeri Sembilan.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori tersebut bertembung dengan bas ekspres.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu bas terpaksa bergerak ke kiri sebelum kenderaan dipandunya merempuh penghadang besi jalan.

“Pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suzaimi memberitahu, kelindan lori dan pemandu bas ekspres cedera ringan manakala kesemua penumpang bas yang selamat dibawa oleh pihak syarikat penyedia perkhidmatan itu ke lokasi yang dituju.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI