fbpx

Kutipan hasil Selangor dijangka cecah RM2.4 bilion tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (lima kiri) bersama Exco dan penjawat awam mengibarkan Jalur Gemilang pada pelancaran kempen tersebut di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

SHAH ALAM – Selangor dijangka mencapai lebihan kutipan hasil sehingga RM2.4 bilion pada hujung tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat hujung minggu lalu, kerajaan negeri mencapai sasaran kutipan hasil sebanyak RM2 bilion seperti dianggarkan dalam Belanjawan 2023.

Menurut beliau, ini menunjukkan kerajaan berada di landasan tepat apabila mencapai hasil yang baik pada pertengahan Ogos ini.

“Kalau ikut trend semasa, sebenarnya pada bulan Ogos dan September, pilihan raya dan sebagainya mungkin dapat lebihan lebih baik sebagaimana pencapaian sebelum ini.

“Biasanya akan ada ‘surplus’ terutama pelabur-pelabur yang datang dan sebagainya, jadi saya boleh anggarkan minimum kita boleh dapat RM2.3 hingga RM2.4 bilion.,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Ketika mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai Selangor ketinggalan dari segi pelaburan dan nilai eksport berbanding Pulau Pinang, Johor dan Sarawak, Amirudin memaklumkan pelaburan di Selangor masih dalam keadaan memberangsangkan.

“Yang disebut Tuanku adalah nilai eksport dan import. Memang ada sedikit anjakan program ekonomi dalam negeri Selangor dan sebahagian ekonomi kita sudah beransur kepada ekonomi perkhidmatan.

“Jadi, pembuatan kita memang agak ‘stagnant’ (tidak berganjak) dekat satu tahap berbanding Pulau Pinang (sektor pembuatan) dalam elektrik dan elektronik,” jelasnya.

“Namun, semenjak pandemik Covid-19 terutamanya program ekonomi kita lebih kepada industri perkhidmatan seperti logistik, hub, pengagihan. Itu menyebabkan kita kekal sebagai penyumbang ekonomi terbesar ( di negara ini).  – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI