fbpx

JPN Perak mohon peruntukan KPM naik taraf sekolah daif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairudin menyertai aktiviti Program Gotong-Royong Madani Peringkat Negeri Perak 2023 di Sekolah Kebangsaan Seri Klebang, Ipoh hari ini.

IPOH – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak memohon peruntukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk proses menaik taraf, penambahbaikan dan baik pulih sekolah-sekolah daif.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, pihaknya mengenal pasti sekolah-sekolah daif berdasarkan beberapa aspek seperti keadaan bangunan dan prasarananya.

“Ini bermakna, kita tidak pinggirkan sekolah daif ini tetapi kita beri keutamaan berdasarkan bangunan dan prasarana di sekolah itu. Antaranya, dari segi bilik darjah dan bilik-bilik khas,” katanya kepada pemberita pada Program Gotong-Royong Madani Peringkat Negeri Perak 2023 di Sekolah Kebangsaan Seri Klebang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Khairudin berkata, keutamaan akan diberikan kepada sekolah-sekolah daif yang dikhuatiri merencatkan proses pengajaran dan pembelajaran selain memastikan keselamatan pelajar terjamin.

“Contohnya, kipas tidak berfungsi, lampu tidak menyala, dan pendawaian elektrik. Selain memastikan pelajar selesa, kita juga mahu memastikan pelajar selamat. Kita tak nak waktu belajar pelajar ini ada mengalami apa-apa isu lain. Keselamatan pelajar adalah keutamaan,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri tidak mampu menyelesaikan semua masalah sekolah daif, justeru keutamaan kepada sekolah-sekolah yang diklasifikasikan oleh jabatan dan unit teknikal.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI