fbpx

Ronaldo mampu atasi Giggs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO dikaitkan dengan perpindahan ke United pada musim panas nanti selepas Juventus dikatakan mahu menstruktur semula kewangan kelab itu. – AFP

MANCHESTER – Nama Cristiano Ronaldo kini kembali me­niti di bibir para peminat Manchester United apabila pasukan itu dikatakan berpeluang untuk kembali mendapatkan khidmat bekas pemainnya itu.

Bagaimanapun, pada usia 35 tahun, ramai juga peminat yang sudah meragui kemam­puan bintang Portugal itu ketika United sedang mencari jalan terbaik untuk kembali berada pada prestasi sebenar serta menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, bekas jurulatih kecergasan United, Mick Clegg tampil mempertahankan Ronaldo apabila menganggap pemain itu mampu untuk terus kekal pada tahap tertinggi sehingga usianya 41 tahun.

“Sebelum Ronaldo, ada seorang lagi pemain yang mempunyai ketahanan tubuh badan yang kental serta memiliki tahap kecergasan yang tinggi iaitu Ryan Giggs.

“Dia seorang yang mempu­nyai daya ketahanan yang cukup tinggi. Jika Giggs mampu beraksi sehingga usia 40 tahun, saya fikir Ronaldo mungkin hanya akan bersara pada usia 41 tahun.

“Hanya Ronaldo mampu mengatasi apa yang telah dilakukan oleh Giggs,” kata Clegg yang berkhidmat untuk United ketika era Alex Ferguson.

Tambahnya, beliau menjangkakan bahawa Ronaldo juga mampu untuk memecahkan rekod jaringan sepanjang karier.

Pemenang lima Anugerah Ballon d’Or itu kini mengumpul 102 gol untuk aksi antarabangsa, kekurangan tujuh gol berban­ding pemegang rekod, Ali Daie dari Iran.

Dia juga dijangka mampu memecahkan rekod penjaring sepanjang zaman, Josef Bican dari Austria yang meledak 805 gol sepanjang karier apabila merakam 746 gol setakat ini.

“Dia mampu untuk mengatasi Bican. Cuma dia perlu mengubah cara bermain dan peranannya dalam pasukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI