fbpx

Ahmad Zahid bantu mangsa kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sempat membantu mangsa kemalangan sewaktu pulang dari program pecah tanah sekitar ibu kota.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Ahmad Zahid berkata, kejadian kemalangan tersebut berlaku Jalan Tuanku Abdul Halim melibatkan sebuah kereta dengan penunggang motosikal.

“Tadi, semasa saya dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC, saya kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim.

“Kami bergegas membantu En. Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Ahmad Zahid mendoakan agar mangsa kembali sembuh dan dipermudahkan segala urusan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI