fbpx

Mualaf jual masakan Cina Muslim untuk ‘halalkan’ gadis Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Firdaus menunjukkan antara menu masakan Cina Muslim yang dijual di Kampung Mersing Kanan, Mersing.

MERSING – Demi mencari wang halal untuk menikahi gadis Me­layu idamannya, seorang pemuda mualaf bekerja keras dengan menjual masakan Cina Muslim.

Firdaus Emir Chan Abdullah, 27, berkata, dia telah memeluk agama Islam sejak setahun lalu dan sering mengenakan kopiah setiap kali berniaga agar dapat menarik pelanggan Muslim.

Katanya, tidak dinafikan ada dalam kalangan pelanggan yang mahu melihat sijil akuan memeluk agama Islam yang dimilikinya sebelum membeli makanannya.

“Selama tiga bulan berniaga masakan Cina Muslim, apabila orang melihat muka saya, mereka akan tanya halal atau tidak.

“Saya tidak ambil hati walaupun ada juga yang mahu melihat saya masak dari awal hingga siap untuk kepastian mereka,” kata­nya kepada Kosmo!.

Menurutnya, dia yang sememangnya meminati bidang masakan kini berniaga di Kampung Mersing Kanan, di sini bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam.

Antara menu yang ditawarkan ialah mi hokkien, nasi goreng Cina, kuetiau goreng, nasi goreng dan chicken chop.

“Saya bersyukur kerana meraih pendapatan purata RM80 sehari, malah kadangkala lebih RM100,” ujarnya.

Tambahnya, dia merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun ini dan kini masih mengikuti kelas pengajian agama Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI