fbpx

Rani Mukerji ‘si puteri’ yang tertukar?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANI MUKERJI

ISU tertukar bayi di hospital bukan perkara yang perlu dipandang remeh kerana perkara tersebut benar-benar berlaku dalam dunia nyata.

Aktres Rani Mukerji mendedahkan, 45 tahun lalu seorang jururawat telah menyerahkannya kepada seorang wanita berbangsa Punjabi yang berada dalam hospital sama dengan ibunya.

Bintang filem Mrs Chatterjee vs Norway itu juga menceritakan kejadian itu berlaku beberapa jam selepas dia dilahirkan.

Mujur ibunya menyedari bayi yang diberikan untuk dibawa pulang bukan darah dagingnya hingga dia berlari di sekeliling wad bersalin mencari bayinya.

Dedah Rani, ibunya mengecam si kecil yang dipegang seorang lagi ibu baru bersalin yang juga wanita Punjabi.

Sambil tertawa katanya, sampai sekarang ibunya gemar mengusik dengan mengatakan sebenarnya dia yang tersalah mengambil anak orang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI