fbpx

Mir layak julang kejuaraan MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIR perlu kekal tenang berbaki dua perlumbaan musim ini untuk ditabalkan sebagai juara dunia MotoGP musim ini. – AFP

VALENCIA – Pelumba Yamaha Monster Energy, Valentino Rossi mengakui bahawa Joan Mir (Suzuki Ecstar) layak untuk menjulang gelaran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim 2020.

Rossi menjelaskan tiada seorang pun menjangkakan Mir mampu memberi tentangan hebat untuk meraih gelaran tersebut selepas mempamerkan tunggangan konsisten setiap perlumbaan.

Mir yang baru berusia 23 tahun dan ini merupakan tahun keduanya dalam saingan premier selepas Suzuki membuat pertaruhan besar membawa masuk pelumba kelahiran Sepanyol tersebut.

“Hasil yang diperoleh sepanjang musim ini mengejutkan ramai pihak. Bagi saya dia layak 100 peratus untuk menjulang gelaran dunia MotoGP musim ini.

“Tak ada siapa jangka Mir mampu melakukan kejutan tetapi pada akhir musim lalu saya lihat dia telah menunjukan pe­ningkatan yang cukup baik bersama Suzuki,” kata Rossi.

Sebagai rekod, pada penampilan sulungnya di kelas premier MotoGP, Mir hanya mampu menamatkan saingan di kedudukan ke-12 keseluruhan dan tidak berupaya meraih sebarang podium.

Rekod terbaiknya adalah di tempat kelima di Grand Prix (GP) Austria dan ketujuh pada perlumbaan terakhir di GP Valencia. Semangat juang yang tinggi menyebabkan Suzuki melanjutkan kontrak semusim lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI