fbpx

Lelaki ditemui mati lepas gantung diri di tingkap rumah kedai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki yang terjatuh setelah menggantung diri di luar tingkap sebuah bangunan kedai dua tingkat terbiar di Jalan Pengkalan Barat 32, Pasir Puteh di sini hari ini.

IPOH – Seorang lelaki ditemui mati selepas menggantungkan diri di luar tingkap sebuah bangunan rumah kedai terbiar di Jalan Pengkalan Barat 32, Pasir Puteh di sini hari ini.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui seorang lelaki pada pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu tergantung pada tingkap luar bangunan sebelum terjatuh semasa saksi sedang menghubungi pihak polis.

“Tempat kejadian merupakan rumah kedai dua tingkat yang tidak digunakan lagi yang mana mangsa telah menggantungkan diri dengan tali di luar tingkap.

“Tali kecil yang digunakan simati untuk menggantung diri menyebabkan dia terjatuh dari tingkat dua bangunan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati tidak menjumpai kesan yang berunsurkan jenayah.

Katanya, tiada sebarang dokumen dijumpai di lokasi kejadian bagi mengesan identiti lelaki tersebut.

“Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

“Tiada televisyen litar tertutup di lokasi kejadian. Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Tambahnya, usaha sedang dijalankan bagi mengesan waris simati dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil atau menghubungi balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI