fbpx

Smart SBB kurangkan kebergantungan beras import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (berdiri kanan) menunjukkan hasil tuaian padi model Smart SBB Mini Sekinchan Mada di Kampung Lat 100, Tambun Tulang di Arau, hari ini.

ARAU – Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Mini Sekinchan merupakan salah satu langkah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam mengurangkan kebergantungan kepada bekalan beras import bagi jangka pendek.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, projek tersebut mampu melonjakkan hasil pengeluaran padi tempatan sekurang-kurangnya lapan metrik tan sehektar sekali gus mampu meningkatkan sehingga 80 peratus keperluan tahap sara diri (SSL) beras negara menjelang 2030.

“Projek ini telah dilaksanakan selama dua musim di Kampung Lat 1000, Perlis dan Kampung Tok Mengkula di Kedah di atas tanah seluas 172.97 hektar serta telah mula ditanam di Jerteh, Terengganu.

“Selain itu, ada perancangan untuk memulakan projek ini di Kelantan dan beberapa kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah dalam masa terdekat,” katanya selepas menyempurnakan sesi penuaian padi Smart SBB Mini Sekinchan MADA di Kampung Lat 1000, Tambun Tulang, di sini hari ini.

Kata beliau, ia merupakan langkah segera dilakukan kementerian bagi mengurangkan kebergantungan kepada beras import dari beberapa negara luar yang kini mencapai tahap 35 peratus di negara ini.

Menurutnya, beliau percaya peningkatan hasil padi akan lebih tinggi jika pesawah mengikut jadual penanaman, meracun dan baja seperti digariskan dalam modul Smart SBB Mini Sekinchan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI