fbpx

Akademi Fantasia tidak akan diwujudkan semula – Astro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menafikan program realiti popular, Akademi Fantasia akan diwujudkan semula.

KUALA LUMPUR – Program realiti popular Astro, Akademi Fantasia (AF) tidak akan diwujudkan semula selepas kali terakhir diterbitkan tahun tujuh tahun lalu.

Perkara tersebut disahkan sendiri Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.

“Tiada lagi perancangan. Pihak Astro memang tiada perancangan untuk AF buat masa sekarang.

“Kalau kalian terdengar dalam komersil atau iklan Astro menggunakan antem Menuju Puncak adalah disebabkan lagu tersebut adalah yang membangkitkan nilai nostalgia buat penonton,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Raqim yang ditemui usai sidang media drama One Million Dollar Voice di Dadi Cinema Pavilion menjelaskan, memang tidak terfikir lagi untuk menerbitkan semula rancangan kegemaran ramai itu.

Sungguhpun begitu, pihak Astro bakal muncul dengan program realiti baharu selain Gegar Vaganza dan Big Stage pada masa hadapan.

“Ada perancangan untuk program realiti baharu tapi bukan AF. Benda itu (program realiti baharu) masih dalam development (proses dibangunkan) lagi.

“Kalau orang bertanya sama ada AF akan diterbitkan semula macam zaman dulu-dulu (ujibakat fizikal seluruh negara), apa yang saya boleh sahkan di sini, memang tiada perancangan ke arah itu,” katanya lagi.

Kali terakhir AF diterbitkan adalah musim ke-13 pada 2016 yang menyaksikan Amir Masdi diangkat sebagai juara terakhir program tersebut.

Setahun kemudian diwujudkan pula AF Megastar yang yang buat julung kalinya menghimpunkan seramai 24 alumni terbaik sepanjang 13 musim AF bersiaran.

AF Megastar dimenangi Idayu, Masya Milan (naib juara) dan Syamel (tempat ketiga).

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan AF bakal membuat comeback atau kemunculan semula pada tahun 2023 yang turut menjadi laporan beberapa portal hiburan tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI