fbpx

SPMU 2023 dilaksana pada 4,5 dan 6 September depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023 akan dilaksanakan pada 4, 5 dan 6 September 2023 dengan melibatkan tiga mata pelajaran.

KPM dalam satu kenyataan berkata, mata pelajaran itu melibatkan Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.

“Seramai 8,587 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan seluruh negara.

“Bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan, seramai 1,639 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertulis dan Ujian Mendengar Bahasa Melayu selain 1,332 petugas peperiksaan untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu,” katanya tadi.

Pada masa sama, KPM turut mengingatkan semua calon peperiksaan SPMU 2023 untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan selain arahan perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

“Jadual waktu peperiksaan SPMU 2023 boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.

“Calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian di pautan sppat.moe.gov.my,” katanya.

Tambah KPM, calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU 2023.

“KPM mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon peperiksaan SPMU Tahun 2023,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI