fbpx

Bukan sebab pembangkang, tetapi rakyat – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika majlis angkat sumpah Menteri Besar di Istana Alam Shah, Klang hari ini. -Foto AFIQ RAZALI

KLANG – Kerajaan negeri akan tetap bekerja kuat dalam memastikan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini berikutan tidak timbul isu sama ada jumlah pembangkang telah bertambah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

“Setiap masa tugas selaku Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) memang berat. Tidak kisah kita mempunyai dua pertiga atau 50 ahli DUN.

“Permintaan bukan dari pembangkang tetapi permintaan rakyat agak tinggi. Itu, saya rasa semua Exco menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar Selangor, hari ini.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor menyaksikan Perikatan Nasional (PN) sebagai pembangkang berjaya memperolehi 22 daripada 56 kerusi dipertandingkan dalam PRN tersebut.

Ini berbeza dengan jumlah pembangkang sebelum ini hanya lima DUN.

Mengulas lanjut, Amirudin merupakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, kesemua EXCO juga perlu memastikan setiap persoalan dibangkitkan rakyat dijawab dengan cepat dan tuntas.

“Suara dalam dewan DUN satu hal tetapi suara rakyat juga agak kuat. Jadi suara rakyat selalu sebenarnya tidak mengira kedudukan dan akan menyampaikan kritikan dan sebagainya.

“Justeru, pembangkang kuat atau tidak kuat bukanlah isu utama atau satu-satu perkara kerana kita tetap kena kerja kuat.Ini kerana di Selangor, permintaan dari rakyat agak tinggi berbanding situasi negeri lain,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI