fbpx

ESSCOM rampas 3,500 rokok seludup tanpa cukai bernilai RM52,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ESSCOM merampas sebanyak 3,500 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM52,500 dalam serbuan di Kampung Mangkalinau, Sandakan hari ini. - Foto: Ihsan ESSCOM-

SANDAKAN – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) merampas sebanyak 3,500 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM52,500 dalam serbuan di Kampung Mangkalinau hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang tadi, semua rokok berkenaan disembunyikan dalam sebuah rumah kosong.

Komander ESSCOM, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, sepasukan enam anggota Tiger Platun Batalion 15 Pasukan Gerakan Am (PGA) diaturgerak ke lokasi serbuan selepas menerima maklumat berkaitan pendaratan dan penyeludupan rokok seludup tidak bercukai.

“Apabila tiba, kita menemui tujuh kotak besar yang dipercayai berisi rokok seludup. Pemeriksaan lanjut mendapati semua kotak besar berkenaan berisi 3,500 bungkus rokok seludup yang dipercayai diseludup daripada negara jiran.

“Semua rokok terbabit dipercayai cuba diseludup ke daerah ini untuk pasaran tempatan, ” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ahmad Fuad berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenalpasti dalang disebalik aktiviti penyeludupan membabit daerah itu.

Semua barangan rampasan dibawa ke balai polis Sandakan untuk tindakan selanjut.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 135 (d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI