fbpx

Kilang proses air minuman terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika usaha memadamkan kebakaran kilang proses air minuman pagi tadi. -Foto BOMBA

SUNGAI BULOH – Kilang proses air minuman di Jalan IPP-Industri Primont Perdana, Desa Aman, di sini, dilaporkan musnah 70 peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 10 pagi.

Katanya, seramai 15 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara dan BBP Selayang tiba di lokasi kejadian pada pukul 10.19 pagi.

“Semasa sampai di lokasi didapati kebakaran melibatkan sebuah kilang memproses air minuman Kelas A berkeluasan terbakar 70 peratus.

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 10.29 pagi,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiada mangsa terlibat dalam insiden kebakaran kilang terbabit. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI