fbpx

Hairul Azreen umum bersara, berhenti jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Hairul Azreen umum bersara dari dunia lakonan, sekali gus menjadikan MALBATT: Misi Bakara filem terakhir lakonannya.

PETALING JAYA – Selepas 15 tahun berkecimpung sebagai anak seni, pelakon popular, Hairul Azreen mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan persaraannya sebagai pelakon.

“Saya Hairul Azreen, saya nak mengumumkan yang saya behenti berlakon ‘for good’,” ujar pelakon berusia 35 tahun itu ketika menjadi artis jemputan dalam segmen 3 Pagi Era, pagi tadi.

Pengumuman tersebut sekali gus menjadikan, filem Malbatt: Misi Bakara yang bakal diayangkan pada 24 Ogos ini sebagai kemunculan terakhirnya dalam dunia lakonan.

Kata Hairul, keputusan tersebut adalah muktamad dan sebagai pelakon, dia berbesar hati filem sehebat MALBATT: Misi Bakara menjadi kemunculan terakhirnya.

“Sebab saya dah buat semua benda, saya dah jadi pelakon stunt, pelakon filem. Kemudian saya doa nak jadi hero filem dan Allah makbulkan pula sekarang saya jadi hero filem aksi dalam Malbatt. Malah filem-filem saya seperti Paskal membuatkan orang mahu jadi tentera.

“Dan insya-Allah, Malbatt filem yang terahir saya sebagai pelakon dan tentera.” kata Hairul dalam nada optimis sambil menyakinkan semua penyampai 3 Pagi Era iaitu, Azad Jazmin, Linda On, Halil Othman dan Radin Amir Affendy tentang keputusannya.

Tambah bapa kepada dua cahaya mara itu, keputusan menghentikan karier lakonan dibuat setelah memikirkan banyak nikmat Tuhan kepadanya selama ini.

“Allah dah bagi saya macam-macam melainkan saya menjadi manusia yang tak bersyukur.

“Saya dah buat belakang tabir, jadi stunt man, pelakon extra, investor filem, pengarah, produser semua benda saya dah lalui.

“Perjuangan saya biarlah saya akhir dengan filem yang membanggakan saya iaitu Malbatt,” katanya.

Tambah pengarah Ada Hantu itu juga, dia tetap akan aktif dalam media sosial, cuma telah tiba masanya untuk fokus terhadap keluarga, terutama anak-anak yang semakin membesar.

“Saya akan aktif di media sosial, cuma berlakon tidak lagi kerana saya tidak mahu sia-siakan bersama ibu bapa dan anak-anak.

“Bila saya berlakon saya akan foku dengan satu watak , buat badan selama enam bulan sehinggakan tak sedar anak-anak membesar tanpa saya sedari,” katanya yang akan menumpukan perniagaan bersama iserinya, Hanis selepas ini.

Selain Hairul Azreen, filem MALBATT: Misi Bakara yang bakal menjengah panggung pada 24 Ogos nanti turut membariskan pelakon handalan seperti Bront Palarae, Zahiril Adzim, Shaheizy Sam, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Syazwan Zulkifly, Nafiez Zaidi, Theebaan G, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazi, Gambit Saifullah dan Iedil Zuhrie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI