fbpx

Nahas Elmina: CVR rosak teruk, bawa ke Singapura untuk keluarkan data kokpit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan CVR yang dikeluarkan daripada pesawat untuk dihantar ke Singapura bagi tujuan analisis data.

PUTRAJAYA – Kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas dekat Persiaran Elmina, Shah Alam, Khamis lalu disahkan hangus terbakar.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sidang akhbar di sini, pagi tadi.

Loke berkata, buat masa ini, CVR itu kini berada di sebuah makmal di Singapura bagi proses mengeluarkan data rakaman suara 30 minit terakhir daripada komponen dikenali sebagai ‘memory puck’.

Beliau berkata, CVR itu dibawa ke Singapura memandangkan Malaysia tidak mempunyai kepakaran mengeluarkan data itu selain keadaannya yang rosak teruk.

“Brigadier Jeneral Tan Chee Kee yang mewakili Biro Siasatan Keselamatan Udara (BSKU) kini berada di negara itu bagi urusan berkenaan.

“CVR itu telah dihantar ke makmal pada Jumaat lalu, namun BSKU mendapati ia rosak teruk sebelum dihantar ke Singapura semalam,” katanya.

Katanya, ‘memory puck’ yang menyimpan data rakaman suara kokpit 30 minit terakhir masih elok cuma Malaysia tiada kepakaran untuk mengeluarkan data itu.

Loke berkata, ketika ini, tiada perkembangan lanjut dan keputusan terbaharu mengenai usaha itu dan ia dijangka tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Menurutnya, beliau berharap semua pihak dapat memberi sedikit masa kepada pakar untuk mendapatkan rakaman suara kokpit itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI