fbpx

Rangka kereta Ferrari terbakar dijual RM8.89 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rangka badan kereta sport Ferrari yang terbakar dilelong pada harga RM8.89 juta di Monterey baru-baru ini. - Foto DarinSchnabel/RM Sotheby's/BNPS

LOS ANGELES, California – Rangka kereta sport Ferrari yang terbakar bersama enjinnya semasa perlumbaan dalam tahun 1960-an dilelong pada harga AS$1.91 juta (RM8.89 juta) di Monterey, California, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kereta siri I Ferrari 500 Mondial Spider 1954 itu adalah kenderaan kedua daripada 13 kereta yang dibina oleh firma Pininfarina, demikian menurut akhbar The Telegraph.

Rangka kereta itu tidak pernah disentuh selama kira-kira 40 tahun.

Ia masih mempunyai plat casis asal, kotak gear, sudut gandar belakang serta enjin empat sebaris Tipo 119 Lampredi berkapasiti 3.0 liter.

Rangka kereta itu dijual kepada seorang pengumpul di Monterey, California semasa Minggu Kereta Monterey baru-baru ini.

Jualan itu berlaku ketika firma lelongan Sotheby’s di New York bersedia untuk melelong sebuah kereta Ferrari GTO buatan 1962 dengan anggaran harga AS$60 juta (RM279 juta) pada musim luruh tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI