fbpx

Anwar dibenarkan keluar dari HKL pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan membawa Perdana Menteri kelihatan keluar dari pekarangan HKL pagi tadi. -Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas melakukan pembedahan kecil semalam.

Kenderaan membawa Anwar kelihatan keluar dari hospital berkenaan kira-kira pukul 9.37 pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan, Anwar sedang dirawat di HKL selepas melakukan pembedahan kecil.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, beliau telah menjalani prosedur pembedahan kecil gigi petang semalam di hospital berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI