fbpx

Seorang maut, lima cedera kereta langgar penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari dalam kereta di tempat kejadian.

MIRI- Seorang wanita maut, manakala lima lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar besi penghadang jalan di Jalan Pan Borneo, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 4.36 petang semalam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi.

“Setiba di lokasi didapati kereta dinaiki kesemua mangsa terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri jalan menghala dari Bintulu ke Miri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya kesemua mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki dewasa serta dua kanak-kanak lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan, dengan mangsa yang meninggal dunia berusia 20 tahun.

“Semasa pemeriksaan, pasukan operasi mendapati hanya seorang mangsa berada di tempat duduk belakang sebelah kanan dalam keadaan tidak sedarkan diri, namun tidak tersepit.

“Pasukan operasi kemudian mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya lima mangsa yang cedera telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke klinik berdekatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI