fbpx

Mahkamah: Datuk K hadir beri keterangan kes Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk K ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. -Foto oleh AMIN AZMAN/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang juga suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, dijangka memberikan keterangan sebagai saksi dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Terdahulu Khalid, 64, yang juga dikenali sebagai Datuk K tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 8.46 pagi dan beliau hadir sebagai saksi pembelaan.

Untuk rekod, pada 30 Ogos tahun lalu, Ahmad Zahid, 70, selesai mengemukakan keterangan bela diri yang mana keterangan itu telah didengar selama 17 hari bermula 13 April tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ahmad Zahid didakwa terhadap 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI