BUDAPEST – Bintang pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles menepati ramalan sebagai pemenang pingat emas 100 meter (m) Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary.
Lyles, 26, ditabalkan raja pecut dunia selepas menjuarai aksi final di Stadium Olahraga Nasional dengan merekodkan catatan masa terpantas tahun ini iaitu 9.83 saat (s) awal pagi tadi.
Pingat perak menjadi milik juara remaja dunia, Letsile Tebogo dari Botswana dengan catatan masa 9.88s, manakala gangsa dimenangi pelari Great Britain, Zarnell Hughes (9.88s). – KOSMO! ONLINE