PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), selepas melakukan pembedahan kecil hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, beliau telah menjalani prosedur pembedahan kecil gigi petang tadi, di hospital terbabit.
“Ingin dimaklumkan bahawa saya telah menjalani prosedur pembedahan kecil gigi petang tadi di HKL.
“Buat masa ini, saya masih dalam pemantauan pasukan perubatan dan atas nasihat mereka saya perlu berada di hospital sehingga esok pagi, insya-Allah,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE