fbpx

Piala Malaysia: NSFC mara ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Negeri Sembilan FC, Mahalli Jasuli, dikawal tiga pemain Kelantan FC, ketika mengawal bola ketika beraksi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, hari ini. Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya mara ke suku akhir Piala Malaysia ketika menentang Kelantan United FC (Kelantan United) dengan keputusan 4-2, malam ini.

Gol awal dari Kelantan United, melalui Jose Elmer Porteria pada minit ke-3.

Tiga minit selepas itu penyerang NSFC, Anselmo Arruda Da Silva menyamakan kedudukan.

Cubaan NSFC untuk menjarakkan kedudukan berjaya dihasilkan oleh Barathkumar Ramaloo pada minit ke-18.

NSFC berjaya mendapat gol ketiga yang dijaringkan penyerang pasukan, Hein Htet Aung pada minit ke-33.

Perlawanan separuh masa pertama tamat selepas tambahan masa dua minit.

Kelantan United berjaya menghasilkan gol kedua hasil jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-65.

Penyerang import NSFC berjaya menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-86 melalui sepakan penalti oleh Youssef Ezzejjari Lhasnaoui.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa empat minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI