SUNGAI BULOH – Sebanyak enam buah kilang pembuatan peralatan perabot terbakar di Jalan 71, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.48 petang.
Katanya, sebanyak sembilan buah jentera serta sepasukan anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang, BBP Damansara, BBP Rawang dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Dimaklumkan terdapat kebakaran melibatkan enam buah kilang pembuatan peralatan perabot.
“Proses pemadaman sedang dijalankan pada masa ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, setakat ini tiada mangsa direkodkan terlibat dalam kebakaran itu. – KOSMO! ONLINE.