fbpx

Anak pesakit kanser tidak makan nasi sejak lahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Firas (kanan) di samping ibunya, Nor Hayati ketika ditemui di Kampung Pegawai Kubang Jawi, Kuala Kedah semalam.

ALOR SETAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dari Kampung Pegawai, Kubang Jawi di Kuala Kedah, di sini tidak pernah menjamah nasi dan hanya menjadikan roti putih sebagai makanan utama.

Ibunya, Nor Hayati Zainon, 45, berkata, Aliff Firas Abdul Rahman yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu akan muntah jika termakan nasi walaupun sebutir.

Dia menyedari tabiat anak­nya itu apabila enggan makan bubur nasi ketika usia setahun.

“Saya pernah desak dia makan nasi ketika berusia dua tahun, terus dia muntah sampai pucat muka. Setiap hari Firas hanya makan roti putih menggantikan nasi.

“Firas paling suka roti putih Gardenia, paling sedap katanya. Dia juga suka roti Gardenia berinti coklat, kadangkala dua ke empat bungkus sekali makan,” katanya ketika ditemui di rumah mereka semalam.

Suri rumah itu memberitahu, dia dan suami, Abdul Rahman Abdullah, 46, pernah membawa Aliff Firas berjumpa doktor ketika berusia enam tahun, namun masalah yang dialami anaknya dikatakan perkara biasa.

Cuma katanya, mereka seke­luarga risaukan tentang perkembangan kesihatan anaknya itu apabila tidak mengambil makanan seimbang.

“Bukan saja nasi, makanan lain pun tak jamah. Ayam, ­daging apatah lagi sayur, semua dia tak makan. Kuih pula dia hanya donut dan kek, itu ­kegemarannya. Kami risau tengok walaupun badannya nampak sihat,” katanya.

Katanya, memandangkan pendapatan keluarga terhad, ditambah faktor kesihatannya yang turut menghidap kanser amat sukar bagi keluarga itu menyediakan keperluan makanan kanak-kanak tersebut.

“Suami hanya kerja kampung sejak saya hidap kanser payu­dara ketika mengandungkan anak bongsu saya dan sudah jalani pembedahan, tetapi sejak akhir-akhir ini saya selalu sakit, doktor kata mungkin sel kanser itu telah merebak.

“Kalau nak sediakan roti yang enak-enak itu selalu agak sukar. Kadangkala saya beli kentang buat goreng sendiri, itupun Firas suka makan,” katanya yang mempunyai empat anak berusia 7 hingga 17 tahun.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh meng­hulurkan sumbangan kepada Nor Hayati melalui akaun Bank Islam 02011021113598.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI