fbpx

Harga makanan di Sepanyol melambung 30.8 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan seorang wanita membeli-belah di sebuah kedai buah-buahan di Zaragoza, Sepanyol. - Foto AFP

MADRID, Sepanyol – Harga makanan di Sepanyol naik sehingga 30.8 peratus  Julai lalu berbanding bulan sama pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, demikian menurut akhbar El Mundo seperti laporan laman berita RT semalam.

Laporan memetik data terkini firma analisis Funcas itu melaporkan, kebanyakan harga barang di Sepanyol merekodkan peningkatan hargalebih dua kali ganda sepanjang tempoh tersebut.

Antara produk yang mencatatkan kenaikan harga paling tinggi dalam tempoh setahun ialah gula (44.2 peratus), kentang (38.8 peratus), beras (22 peratus), buah-buahan dalam tin (19.4 peratus) dan kek serta gula-gula(18.2 peratus). 

Susu turut meningkat sebanyak 17.6 peratus diikuti  daging babi (15.8 peratus), telur (12.8 peratus) dan buah-buahan segar (11.6 peratus) dalam tempoh sama, demikian  menurut data tersebut.

Minyak zaitun pula melonjak 115 peratus dari tahun ke tahun sekali gus menandakan  kenaikan harga tertinggi pernah berlaku.

Inflasi makanan Sepanyol didorong beberapa faktor seperti harga tenaga, bahan api dan baja yang melambung tinggi,  manakala bekalan komoditi tertentu mengecil di pasaran global, kata Funcas.

Kemarau berpanjangan yang dialami Sepanyol sejak musim panas lalu turut menyumbang kepada kenaikan harga makanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI