fbpx

Luahan Pembaca: Bukit Bintang, Imbi dan Pudu macam ‘perkampungan asing’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WARGA asing sering membanjiri kawasan Pudu, Kuala Lumpur terutama pada cuti umum. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Jabatan Imigresen diharapkan dapat melakukan operasi dengan lebih kerap di kawasan Bukit Bintang dan di sekitarnya seperti Imbi dan Pudu, Kuala Lumpur.

Ia ekoran berlaku peningkatan jumlah warga Bangladesh di kawasan itu, seolah-olah kita sedang berada di tengah ibu negara Bangladesh, Dhaka.

Saya pernah melalui Bukit Bintang di sebelah pagi dan melihat ramai sekali warga Bangladesh dan warga asing lain seperti Nepal dan Indonesia keluar beramai-ramai ke hentian bas dan berjalan kaki ke tempat kerja di Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang.

Mereka dipercayai tinggal di flat-flat di sekitar Bukit Bintang.

Pada Januari lalu, Jabatan Imigresen pernah membuat operasi di kawasan flat Jalan Abraham Off Jalan Imbi yang sesak dihuni warga asing yang menyewa di situ.

Flat di kawasan berkenaan dikatakan telah diubah suai supaya boleh menempatkan lebih ramai penyewa warga asing yang bekerja sebagai buruh binaan di tengah ibu kota.

Kita tidak sepatutnya membiarkan warga asing memilih tempat tinggal mereka sendiri di satu-satu kawasan sehingga berubah menjadi kampung mereka sendiri.

Mereka juga kini berani menguasai perniagaan di sekitar Bukit Bintang dan Imbi.

Pihak berkuasa tempatan perlu melakukan operasi lebih kerap di kawasan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik yang menyewakan lot kedai kepada warga asing.

ANAK KOTA
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI