fbpx

KBS tetap berbangga prestasi Azeem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) tetap menunjukkan prestasi memberangsangkan pada penampilan pertamanya di pentas Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary. - AFP

IPOH – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tetap berbangga dengan prestasi bintang remaja negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi biarpun gagal ke separuh akhir Kejohanan Olahraga Dunia 2023 di Budapest, Hungary.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, kejayaan pelari pecut itu mengungguli pusingan awal dalam penampilan pertamanya di pentas berprestij dunia tersebut tetap membanggakan.

“Pencapaiannya sungguh membanggakan. Ini kali pertama dia menyertai kejohanan seperti ini,” katanya selepas merasmikan program Jelajah Fit Malaysia peringkat negeri Perak di Ipoh hari ini.

Azeem, 19, yang berasal dari Teluk Intan, Perak mencatat masa terpantas 10.24 saat (s) pada saringan dua peringkat kelayakan 100 meter (m) di Stadium Olahraga Nasional semalam.

ADAM Adli (tiga dari kiri) menyampaikan hadiah tempat pertama larian 10 kilometer kepada Azlina Mohd. Ali pada Program Fit Malaysia peringkat negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Perak, Ipoh hari ini. – MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Bagaimanapun, ia masih jauh jika dibandingkan dengan catatan peribadi terbaiknya yang juga rekod 100m kebangsaan iaitu 10.09s dilakukan pada Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 di Cali, Colombia.

Hasrat Azeem untuk melangkah ke separuh akhir tidak menjadi kenyataan selepas menduduki tempat ketujuh dalam saringannya di pusingan pertama dengan catatan 10.26s awal pagi tadi.

Sementara itu, Adam menjelaskan, tiada insentif buat Azeem berikutan pencapaian atlet yang berpangkalan di Universiti Auburn, Alabama, Amerika Syarikat berkenaan di Hungary.

“Sebenarnya Azeem memang berada di bawah perhatian KBS dengan menerima insentif tertentu untuk dia menjalani latihannya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI