fbpx

Penjaga restoran ditahan, pelanggan dikompaun ingkar PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI lapan pelanggan lelaki di sebuah restoran di Beach Street di sini dikenakan kompaun selepas ingkar SOP PKPB awal pagi tadi.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Lapan pelanggan lelaki di sebuah restoran di Beach Street di sini masing-masing dikenakan kompaun selepas gagal mematuhi prosidur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) awal pagi tadi.

Mereka terdiri lelaki berusia 26 hingga 52 tahun itu dikenakan tindakan terbabit dalam operasi Pemeriksaan SOP PKPB-Premis Perniagaan yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira pukul 1 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam pemeriksaan tersebut seorang lelaki yang bekerja sebagai peniaga premis berkenaan turut ditahan.

Menurutnya, tangkapan ke atas pemuda berusia 26 tahun itu selepas didapati menjalankan aktiviti hiburan muzikal tanpa lesen dan perniagaan melebihi masa yang dibenarkan dalam tempoh PKPB.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8) 2020.

“Bagi pelanggan pula, masing-masing mereka dikenakan kompaun atas kesalahan di bawah Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8) 2020,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tindakan terhadap pelanggan terbabit diambil berikutan berada di dalam premis perniagaan yang beroperasi lebih had masa dalam tempoh PKPB. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI