fbpx

[VIDEO] Nahas Elmina: Heikal jenazah terakhir diserahkan kepada waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Van jenazah terakhir membawa Allahyarham Heikal keluar dari Jabatan Forensik HTAR.

KLANG – Proses penyerahan jenazah nahas nahas pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) selesai kira-kira pukul 11.35 pagi, hari ini.

Jenazah terakhir dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) adalah pembantu juruterbang pesawat tersebut, Heikal Aras Abdul Azim.

Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi ketika ditemui Kosmo! menzahirkan rasa syukur apabila pihaknya berjaya menyelesaikan segala tugasan dengan sebaiknya.

“Kita berterima kasih dengan kerjasama semua pihak termasuk polis dan Jabatan Kimia sepanjang proses bedah siasat dan padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memudahkan kelancaran tuntutan dan penyerahan jenazah ini.

“Selain itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi memudahkan kelancaran tuntutan dan penyerahan jenazah ini,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI