fbpx

Nahas Elmina: Tujuh waris mangsa layak terima pampasan Perkeso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar

PETALING JAYA – Tujuh keluarga mangsa nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Shah Alam layak menerima pampasan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, pihaknya sudah mengarahkan Perkeso mengambil tindakan proaktif dengan menyemak status kelayakan 10 mangsa terbabit dalam nahas itu mengikut peruntukan perlindungan Perkeso sebaik menerima berita berhubung tragedi berkenaan.

“Hasil semakan mendapati enam keluarga mangsa mempunyai kelayakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), manakala satu lagi keluarga mempunyai dua kelayakan iaitu menerusi Akta 4 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).

“Melalui skim-skim diperuntukkan dalam akta tersebut, waris layak menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sehingga RM2,000 dan bayaran faedah pencen berkala,” katanya dalam kenyataan.

Tambah kenyataan itu, setakat ini Perkeso sudah membuat bayaran FPM kepada tiga keluarga mangsa yang memberikan maklumat awal, sementara empat lagi keluarga mangsa belum memberikan maklumat.

Justeru, anggota Perkeso di pejabat berkaitan mengikut lokaliti waris diarahkan untuk sentiasa bersiap-siaga bagi menghulurkan bantuan selayaknya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI