fbpx

PGA cekup empat pengedar ubat batuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA buah kereta jenis Proton Isawara (depan) dan Proton Saga yang diguna untuk membawa ubat batuk di Tanah Merah semalam.

RANTAU PANJANG – Empat lelaki yang dipercayai berperanan sebagai pengedar ubat batuk dicekup oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 di Kampung Batu 5 dekat Tanah Merah semalam.

Dalam serbuan pukul 10.30 pagi itu, PGA turut merampas 2,400 botol ubat batuk termasuk dua buah kereta yang dianggarkan berjumlah RM56,000.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, sewaktu sepasukan anggota sedang melakukan rondaan, mereka terserempak dengan dua buah kereta jenis Proton Saga dan Proton Iswara berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.

Menurutnya, anggota PGA kemudian terus menghampiri dua buah kereta itu lalu memperkenalkan diri sebagai anggota penguatkuasa sebelum menjalankan pemeriksaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta jenis Proton Saga membawa kepada penemuan 12 kotak mengandungi ubat batuk.

“Kita turut menemui ubat batuk itu di bahagian tempat duduk penumpang dan juga di dalam bonet kereta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nor Azizan berkata, pemeriksaan terhadap kereta jenis Proton Iswara turut menemui 12 kotak mengandungi ubat batuk yang berada di bahagian tempat duduk belakang dan di dalam bonet kereta.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati tiga dari empat suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun itu Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) akta sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI