fbpx

Pemilik tanah minta orang ramai tidak berbogel di ladangnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wilson (kanan) berdiri di tepi papan tanda meminta orang ramai tidak berbogel di ladang bunga mataharinya di Pulau Hayling baru-baru ini. - Foto ITV Meridian

LONDON – Pemilik sebuah ladang buah-buahan di Hampshire merayu orang ramai berhenti berbogel di ladang bunga mataharinya selepas enam kejadian seumpama berlaku sejak beberapa hari lalu, lapor portal berita ITV kelmarin.

Sam Wilson yang mengendalikan Ladang Bunga Matahari Sam di Pulau Hayling, England memberitahu ITV, tingkah laku tersebut tidak sesuai kerana ladang miliknya itu dikunjungi oleh keluarga yang mempunyai anak.

Sehubungan itu, papan tanda telah dipasang di sekeliling ladang tersebut untuk mengingatkan pengunjung supaya berpakaian tetapi masih ada orang ramai yang melanggar peraturan itu.

“Ia sentiasa menyeronokkan untuk merakam  gambar dan kami mempunyai beberapa gambar sangat hebat yang dirakam di ladang ini.

“Apa yang saya minta ialah orang ramai menghormati keluarga dan mereka merakam  gambar yang di tempat yang sesuai. Jadi teruskan memakai baju anda!” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI